Pesakit kedua terima implan jantung babi meninggal dunia
Sinar Harian
November 1, 2023 18:43 MYT
November 1, 2023 18:43 MYT
SEORANG lelaki berusia 58 tahun di Amerika Syarikat (AS) yang menerima jantung babi diubah suai meninggal dunia pada Isnin, hampir enam minggu selepas dia melakukan prosedur itu.
Jurucakap University of Maryland Medical Centre pada Selasa mengumumkan Lawrence Faucette dari Frederick itu merupakan pesakit kedua di pusat perubatan tersebut yang menjalani pemindahan jantung tersebut.
Pesakit pertama, David Bennett, 57, meninggal dunia pada 2022, dua bulan selepas melakukan prosedur sama selepas mengalami pelbagai komplikasi selain virus yang menjangkiti babi dan merebak ke jantung tersebut.
Difahamkan, kedua-dua pesakit berkenaan menghidap penyakit jantung terminal apabila menerima implan organ berkenaan.
Kajian dilakukan mendapati Bennett tidak menunjukkan sebarang tanda penolakan akut terhadap jantung baharu itu, manakala Faucette dilaporkan memberi tindak balas berlawanan. - Sinar Harian memetik agensi