Pesakit kanser berjaya jalani pembedahan pemindahan zakar pertama di AS

Agensi
Mei 17, 2016 01:21 MYT
Thomas Manning menerima organ itu daripada seorang penderma yang telah meninggal dunia. - AFP PHOTO / MASSACHUSETTS GENERAL HOSPITAL / SAM RILEY
Seorang pesakit kanser berjaya menjalani pemindahan zakar pertama di Amerika Syarikat.
Thomas Manning, 64, menerima organ berkenaan melalui prosedur pembedahan selama 15 jam di hospital umum Massachusetts.
Organ itu diperoleh daripada seorang penderma yang telah meninggal dunia.
Menurut pakar urologi Hospital Umum Massachusetts, Dr. Dicken Ko pemindahan zakar itu perlu memenuhi tiga kriteria utama bagi menentukan kejayaan pembedahan itu.
“Apa yang cuba kami lakukan adalah menerusi tiga peringkat Pertama, penampilan kemaluan secara luaran. Yang kedua adalah untuk mewujudkan fungsi urin dan kesinambungan saluran kencing dan ketiga potensi untuk berfungsi secara seksual,” kata Dr Dicken.
Zakar Thomas terpaksa dipotong selepas dia disahkan mengidap kanser pada 2012.
Thomas dalam kenyataannya berkata dia memulakan kehidupan barunya dengan harapan mereka yang senasib dengannya juga mempunyai harapan untuk mempunyai kehidupan seksual.
#kemaluan #Massachusetts #Pembedahan #penis #Thomas Manning