Pesakit HIV sembuh dengan pemindahan sumsum tulang

Astro Awani
Februari 21, 2023 07:30 MYT
Pesakit HIV yang tidak didedahkan identitinya itu dirawat untuk leukaemia di Dusseldorf. - Gambar hiasan
SEBUAH institut perubatan di Perancis mendedahkan kejayaan menyembuhkan pesakit dengan HIV.
Ini merupakan pesakit ketiga di dunia berjaya dirawat sepenuhnya hasil pemindahan sumsum tulang.
Pesakit HIV yang tidak didedahkan identitinya itu dirawat untuk leukaemia di Dusseldorf.
Dia menerima pemindahan sumsum tulang dari penderma yang mempunyai mutasi sel stem unik, menjadikannya rintang HIV.
Pengkaji Imuniti, Institut Pasteur Perancis, Asier Saez-Cirion berkata penyembuhan pesakit Dusseldorf ini adalah selepas dua kes terdahulu, masing-masing pada 2007, yang dirujuk sebagai pesakit Berlin dan 2016, yang dirujuk sebagai pesakit London.
"individu yang sembuh ini adalah individu HIV yang didiagnos dengan leukaemia dan dirawat pertama kali menerima terapi yang berkesan.
"Malangnya, leukaemia itu kembali selepas beberapa bulan. Tanpa alternatif lain, pasukan klinikal di Dusseldorf mencadangkan pemindaan sel stem, langkah terakhir untuk merawat leukaemia," katanya.
Tambahnya walaupun prosedurnya kompleks, menelan kos dan berisiko tunggu, kejayaan ini dianggap langkah positif ke arah mencari penawar HIV.
Lebih 38 juta individu kini dijangkiti HIV dengan pandemik AIDS sudah mengorbankan 40 juta orang sejak ia dikesan pada 1980-an.
Teknologi perubatan sejak tiga dekad lalu telah mendorong pembangunan ubat-ubatan termasuk terapi anti retroviral yang memanjangkan hayat pesakit HIV.
#pesakit HIV #Sembuh #pemindahan sum sum tulang #sel stem
;