Pervez Musharraf dibenarkan ikat jamin
Agensi
Mac 24, 2013 08:38 MYT
Mac 24, 2013 08:38 MYT
Bekas Presiden Pakistan, Pervez Musharraf, yang berdepan beberapa pertuduhan jenayah, dibenarkan diikat jamin khas.
Perintah itu membolehkan Pervez diberikan imuniti daripada ditahan, sebaik sahaja beliau menjejak kaki ke Pakistan.
Ia sekaligus membuka jalan untuk Pervez kembali ke tanah airnya dan dijangka pulang ke Karachi pada Ahad.
Pervez didakwa gagal menyediakan aspek keselamatan kepada bekas Perdana Menteri, Benazir Bhutto, hingga menyebabkan pembunuhan beliau pada 2007.
Selain itu, Pervez juga dikehendaki atas kes pembunuhan pemimpin Puak Baloch, Nawab Akbar Bugti.
Menurut Associated Press, Hakim Sajjad Ali Shah membenarkan Pervez diikat jamin 2000 pound, bagi ketiga-tiga kes.