Perut wanita hamil dirobek, bayi direntap rakan sendiri
Agensi
November 16, 2017 13:30 MYT
November 16, 2017 13:30 MYT
Gara-gara kempunan mendapat anak, seorang wanita tergamak membunuh rakannya sendiri dan mengaku bayi mangsa sebagai anaknya.
Mangsa Angelikque Sutton, 22 tahun, yang sarat mengandung lapan bulan ditikam dan dikelar leher oleh Ashleigh Wade, 24 tahun, yang kemudian bertindak kejam dengan merentap bayi keluar dari rahim ibunya.
Portal Daily News melaporkan Wade bertindak demikian kerana ingin menjadikan bayi perempuan itu sebagai anaknya sendiri dalam pembunuhan yang dirancang teliti.
Wade dilapor berpura-pura hamil berbulan-bulan lamanya dan hanya menunggu masa untuk membunuh Sutton.
Peluang itu diambil Wade dalam insiden pada 22 November 2015 apabila Sutton singgah di rumahnya dalam perjalanan untuk mendaftar perkahwinannya.
Wade menikam rakannya berkali-kali sebelum mengelar leher mangsa. Dia kemudian membelah perut Sutton sebelum merentap bayinya keluar.
Atas kesalahan yang dilakukan itu, Wade dijatuhi hukuman penjara 40 tahun di sebuah mahkamah di Bronx, Amerika Syarikat pada Rabu.
Bayi yang diberi nama Genesis itu dilapor berada dalam keadaan selamat.
#Amerika Syarikat
#Angelikque Sutton
#Ashleigh Wade
#Bronx
#leher dikelar
#menikam
#merentap keluar bayi dari rahim
#New York