Perubahan iklim: Setiap negara perlu ambil peranan, tukar minda masyarakat - Susilo

Hafizi Rosli
Ogos 16, 2022 13:10 MYT
Mantan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono ketika berucap di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan tema 'A better World Is Possbile'- Foto YouTube/UKM Live
BANGI: Setiap negara perlu mengambil langkah proaktif serta masyarakat pelusuk dunia juga perlu menukar minda mereka dalam agenda hijau dan perubahan iklim dapat dicapai.
Jelas Mantan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, usaha mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah hijau bersih sifar (Net Zero GHG emissions) adalah tanggungjawab setiap negara.
Tambah Susilo, langkah ini perlu diambil segera bagi memastikan peningkatan suhu global dapat dikurang.
"Menurut saintis, untuk mencapai dunia sifar GHG menjelang pertengahan abad, kita mesti mengurangkan pelepasan global sebanyak separuh dalam dekad akan datang, dan kemudian mengurangkan separuh ia sekali lagi dalam dekad selepas itu, dan separuh lagi dalam dekad yang membawa kepada 2050.
Ini akan menjadi satu usaha besar, satu usaha yang tidak pernah dilakukan oleh masyarakat negara
dilakukan sebelum ini," jelas Susilo dalam ucapannya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan tema 'A Better World Is Possbile'.
Susilo turut menjelaskan mengenai apa yang akan berlaku sekiranya langkah proaktif tidak diambil.
Ini termasuk kenaikan suhu 4 darjah Celsius, yang akan memudaratkan dan memberi kesan kepada keselamatan, industri, pertanian, kesihatan, infrastruktur mahupun biodiversiti.
"Risiko terbesar bagi manusia adalah mengenai masa depan dan generasi akan datang. Adakah mereka akan hidup dalam keadaan dunia kepanasan iaitu lebih 4 Darjah Celsius lebih panas berbanding dengan masa pra-industri.
Dalam senario perniagaan seperti biasa, jika tiada tindakan iklim dilakukan oleh mana-mana daripada kita, kemungkinan itu ada. Kenaikan suhu 4 Darjah akan membawa bencana kepada manusia. Ia akan menjadi
malapetaka," katanya.
Isu ini perlu ditangani segera selain isu lain seperti geopolitik, keselamatan, ekonomi dan ekuiti.
#perubahan iklim #suhu #gas rumah hijau #Susilo Bambang Yudhoyono
;