LONDON:Separuh daripada sumber kewangan dunia untuk berdepan perubahan iklim perlu digunakan untuk membantu negara-negara miskin mengadaptasi kesan pemanasan global, seperti kemarau, kenaikan paras laut dan banjir, lapor Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP).
Reuters melaporkan, cuaca ekstrem pada tahun lalu seperti hujan lebat di Afrika, gelombang haba dan suhu panas di lautan tropika adalah tanda-tanda jelas perubahan iklim, kata saintis.
Tahun 2020 adalah antara tahun terpanas dalam rekod dan ketika kesannya melonjak, kerajaan di seluruh dunia perlu beradaptasi dengan lebih baik atau terpaksa menanggung kos, kerosakan dan kerugian yang dahsyat.
Perjanjian Paris 2015 telah menyasarkan usaha menangani kenaikan suhu dalam julat 2 darjah Celsius, atau 1.5 darjah Celsius pada abad ini.
Di bawah perjanjian itu, kerajaan sedunia juga setuju untuk mengambil langkah seperti pertahanan banjir, rumah yang lebih berkonsep hijau dan tanaman yang lebih tahan kemarau, selain bantuan kewangan kepada negara-negara miskin.
“Setiausaha Agung PBB pernah berkata, kita perlu komitmen global untuk mengetepikan separuh daripada kewangan dunia untuk tujuan penanganan perubahan ikim pada tahun depan.
“Ini bagi membolehkan usaha besar-besaran dibuat untuk tujuan adaptasi – segalanya dari sistem amaran awal, penjagaan sumber bekalan air hinggalah penyelesaian berasaskan alam,” ujar Pengarah Eksekutif UNEP, Inger Andersen.
Laporan tahunan UNEP yang merekod perkembangan usaha adaptasi itu menunjukkan 72 peratus negara dunia telah mengambil sekurang-kurangnya satu langkah perancangan persediaan.
Bagaimanapun, jurang kewangan yang luas terus kekal ketika usaha bantuan diteruskan untuk negara-negara membangun berdepan impak paling buruk.
Kewangan antarabangsa bagi usaha adaptasi perubahan iklim kini meningkat secara perlahan dari AS$30 bilion, atau 5 peratus setahun.
Namun, kos sebenar untuk menghadapi kemungkinan adalah dijangka berjumlah AS$70 bilion setahun, menurut laporan itu. Jumlah itu dijangka mencecah AS$140-300 bilion pada 2030 dan AS$280-500 bilion pada 2050.
Agensi
Sat Jan 16 2021

Kerajaan di seluruh dunia perlu beradaptasi dengan lebih baik atau terpaksa menanggung kos, kerosakan dan kerugian yang dahsyat akibat perubahan iklim. - Reuters

IMF naikkan unjuran pertumbuhan ekonomi global berikutan tarif rendah, rangsangan fiskal
Bagi 2026, IMF kini menjangkakan pertumbuhan global 3.1 peratus, sedikit lebih tinggi daripada anggaran sebelumnya iaitu tiga peratus.

Usahawan Digital TM perkasa lebih 2,000 usahawan B40
Purata RM5,000 bagi setiap usahawan disampaikan dalam bentuk peranti, penyelesaian digital dan sumber latihan.

Unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia naik kepada 4.5 peratus pada 2025, 4.0 peratus pada 2026 - IMF
Menurut IMF, unjuran pada 2025 adalah 0.4 mata peratusan lebih tinggi berbanding unjuran rujukan dalam WEO April 2025.
Naskhah terjemahan mampu tampung karya agung dunia
Sejarawan dan penterjemah Rusia, Dr. Victor Pogadaev melihat usaha menerbitkan naskhah terjemahan dalam sebarang bahasa sastera, tanpa terkecuali bahasa Melayu mampu menjadikan bahasa berkenaan menampung karya agung dunia.
Lebih ramai warga Rusia minat Bahasa Melayu
Ratusan warga Rusia yang berada di Kuala Lumpur, Malaysia semakin meminati Bahasa Melayu didorong kejayaan beberapa acara yang dianjurkan oleh Rumah Rusia di Jalan Ampang.
Isu tribunal hak asasi, TMM 2026 dan tenaga nuklear tumpuan Dewan Rakyat
Sidang Dewan Rakyat hari ini fokus kepada status tribunal hak asasi, promosi Tahun Melawat Malaysia 2026, dan kesiapsiagaan negara meneroka tenaga nuklear.
IMF naikkan unjuran pertumbuhan global & AS bagi 2025, 2026
IMF jangka pertumbuhan ekonomi global lebih tinggi hingga 2026, dipacu rangsangan fiskal dan tarif lebih rendah. AS diramal terus berkembang meski tekanan inflasi kekal.

19 terbunuh dalam serangan udara Rusia ke atas penjara, hospital di Ukraine
Serangan turut mengorbankan seorang wanita hamil berusia 23 tahun dan dua individu lain.
Guru Besar maut, warga emas dihempap pokok di Bera
Dua kematian dilaporkan di Bera — seorang guru besar maut dalam kemalangan jalan raya, manakala warga emas dihempap pokok ketika menunggang motosikal.
KPDN peruntuk RM3.3 juta di Pos Brooke & Kuala Betis untuk penyelarasan harga
Masalah harga barangan keperluan asas yang tinggi di kawasan perkampungan orang asli diberi perhatian apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperuntukkan lebih RM3.3 juta bagi program pengedaran barang perlu di dua kawasan masyarakat orang asli di Pos Brooke dan Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan

Eropah dilanda haba melampau, suhu Greece cecah 44 Celsius
Perubahan iklim meningkatkan kekerapan dan keterukan fenomena cuaca ekstrem seperti ribut kuat dan kebakaran hutan.

Ribut pasir, debu jejas 330 juta penduduk akibat perubahan iklim - PBB
Pemanasan global mempercepatkan pengeringan tanah, sementara penggunaan tanah yang berlebihan dan tidak terkawal turut memperburuk keadaan.

Laporan PBB: Warga emas berdepan risiko tinggi akibat perubahan iklim
Kematian tahunan dalam kalangan warga emas berkaitan suhu panas meningkat kira-kira 85 peratus sejak 1990-an.

Kesatuan Eropah rancang cipta stok mineral kritikal untuk kegunaan kecemasan - Laporan
Kesatuan Eropah (EU) merancang untuk mewujudkan stok simpanan mineral kritikal dan komponen penting bagi pembaikan kabel dalam situasi kecemasan.

Cukai karbon tidak jejas pelaburan, dilaksana secara berhati-hati - PM Anwar
Kerajaan mengambil pendekatan berhati-hati dan menyeluruh dalam merangka mekanisme pelaksanaan cukai tersebut.

Energy Asia 2025: Peralihan tenaga global, sejajar ekonomi mapan
Misi utama PETRONAS adalah untuk merangka asas sejajar dengan tahap ekonomi Malaysia yang pesat membangun demi meningkatkan kedudukan negara dalam daya saing dunia 2025.

Panaslah! Kenaikan suhu gugat kelestarian makanan warisan di Kampung Baru?
Kenaikan suhu boleh menjejaskan gerak kerja manusia sekali gus memberi dampak kepada warisan makanan.

Kementerian rancang strategi jangka panjang pasti keterjaminan makanan negara - Mohamad Sabu
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan rancang strategi jangka panjang pastikan keterjaminan makanan negara kekal stabil.

Mei bulan kedua terpanas di dunia pernah direkod - Copernicus
Dunia mengalami Mei kedua paling panas dalam sejarah, iaitu bulan yang menyaksikan gelombang haba luar biasa melanda Greenland.

PBB, ASEAN desak masyarakat dunia lindungi lautan yang kian terancam
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan ASEAN hari ini memberi amaran bahawa lautan yang menjadi sumber makanan dan pekerjaan kepada jutaan penduduk dunia kini berdepan pelbagai ancaman.