Perubahan cuaca: Suhu di India meningkat kepada hampir 38 Celsius

Astro Awani
Mei 1, 2022 08:00 MYT
Orang awam berehat di bawah teduh pokok di Lucknow, India. Barat laut dan tengah India mencatatkan purata suhu maksimum 35.9 dan 37.78 Celsius masing-masing pada April. - AP
MUMBAI: Sebahagian daripada India merekodkan purata suhu tertinggi pada April dan cuaca terik dijangka berpanjangan hingga Mei.
India dan negara jiran Pakistan telah mengalami gelombang haba yang melampau tahun ini sehingga mencairkan turapan, memaksa penutupan sekolah serta mencetuskan amaran kesihatan dan kebakaran.
Barat laut dan tengah India mencatatkan purata suhu maksimum 35.9 dan 37.78 Celsius masing-masing pada April.
Kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi India, bacaan itu adalah yang tertinggi sejak ia mula menyimpan rekod 122 tahun lalu.
Lebih daripada 1 bilion penduduk menghadapi risiko kesan berkaitan haba di rantau ini.
Saintis memberi amaran dengan mengaitkan permulaan awal musim panas yang buruk dengan perubahan iklim.
Menteri Persekutuan Perubahan Iklim Pakistan, Sherry Rehman berkata, buat pertama kali dalam beberapa dekad, Pakistan beralih dari musim sejuk ke musim panas tanpa musim bunga.
#cuaca panas #gelombang haba #amaran kesihatan #kebakaran
;