Peru rampas 4,000 spesimen penyu hidup
Astro Awani
Disember 20, 2023 09:45 MYT
Disember 20, 2023 09:45 MYT
LIMA: Pihak berkuasa Peru merampas lebih 4,000 spesimen penyu hidup yang menuju ke Indonesia.
Ia selepas Perkhidmatan Perhutanan dan Hidupan Liar Nasional Peru (SERFOR) menemui keganjilan dalam bungkusan penghantaran di lapangan terbang.
Pihak berkuasa SERFOR mendapati ribuan penyu yang dirampas di Lapangan Terbang Antarabangsa Jorge Chavez adalah daripada spesies charapa (podocnemis expansa), manakala 463 lagi tidak dapat disahkan asal usulnya.
Meskipun individu ditahan menunjukkan permit bagi spesis penyu taricaya (podocnemis unifilis),
SERFOR menyatakan ia merupakan pemalsuan berdasarkan anggaran umur spesimen yang diperiksa.
Susulan rampasan yang dilakukan SERFOR bersama penyelarasan dengan Penguasa Kastam dan Pentadbiran Cukai Peru.
Kesemua haiwan itu diserahkan dalam tahanan sementara di pusat pembiakan yang dibenarkan di Lima.