BANDARAYA MEXICO: Kerajaan Peru mengumumkan pada Selasa bahawa Duta Mexico, Pablo Monroy Conesa kini dianggap "persona non grata" dan diberikan tempoh 72 jam untuk meninggalkan negara itu.
Menteri Luar, Ana Cecilia Gervasi berkata, ketegangan yang memuncak antara kedua-dua negara baru-baru ini didapati berpunca daripada campur tangan kerajaan Mexico.
"Kerajaan Peru telah mengisytiharkan Duta Mexico sebagai persona non grata atas komen berulang oleh (pihak berkuasa Mexico) mengenai situasi politik di Peru, satu tindakan yang mencampuri urusan dalaman kami," kata Gervasi pada sidang media, lapor Agensi Anadolu.
Pengusiran itu dibuat beberapa jam selepas Menteri Luar Mexico, Marcelo Ebrard mengumumkan bahawa keluarga bekas Presiden Peru, Pedro Castillo kini berada di kedutaan Mexico di Lima dan telah diberikan suaka politik.
Menurut Ebrard, kerajaan Mexico sedang berunding dengan rakan sejawatannya dari Peru mengenai perjalanan yang selamat untuk keluarga Castillo ke Mexico jika ada permintaan dibuat oleh mereka.
Sejak penyingkiran Castillo pada 7 Dis lalu, kerajaan Mexico telah menawarkan perlindungan kepada Presiden yang digulingkan itu.
Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador mengkritik tindakan Kongres Peru yang memecat Castillo selain menyifatkan ia tidak demokratik dan satu plot yang dirancang golongan elit Peru.
Lopez Obrador juga enggan mengiktiraf Dina Boluarte sebagai Presiden Peru yang sah dan bagi Mexico Castillo "masih Presiden."
Komen dan sokongan Presiden Mexico itu terhadap Castillo menyebabkan ketegangan antara kedua-dua negara semakin memuncak. - BERNAMA
Bernama
Wed Dec 21 2022

Kerajaan Peru mengumumkan pada Selasa bahawa Duta Mexico, Pablo Monroy Conesa kini dianggap "persona non grata" dan diberikan tempoh 72 jam untuk meninggalkan negara itu. - Gambar Twitter
Perancangan penyaluran air Sungai Perak pada peringkat akhir - PM
Projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah yang sebahagiannya dilaksanakan bagi menyokong projek Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP), kini di peringkat akhir perancangan.
Hakim PBB dituduh memperhambakan pekerja sendiri
Mugambe, 49 tahun yang dilantik pada 2023 sebagai Hakim mekanisma Residual Antarabangsa untuk Tribunal Jenayah PBB, didakwa menggunakan statusnya dengan cara yang keji.
Petronas enggan ulas kemungkinan tarik diri dari Argentina
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) tidak menafikan mahupun mengesahkan laporan bahawa ia sedang membuat penilaian untuk menjual aset minyak syal di Argentina.
Lelaki dihukum gantung pada hari jadi kerana bunuh isteri, bayi
Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang bekas pemandu lori atas kesalahan membunuh isteri dan bayi perempuannya yang berusia tujuh bulan, sembilan tahun lalu.
7 individu ditahan sindiket sasar rakyat Hong Kong
Polis menahan tujuh individu termasuk dua wanita yang bertindak sebagai operator pusat panggilan dalam sindiket penawaran kerja sambilan yang menyasarkan rakyat Hong Kong.
Bau busuk bawa kepada penemuan mayat warga emas
Misteri bau busuk dari sebuah rumah di Kampung baru Puchong, selangor sejak beberapa hari lalu akhirnya terjwab dengan penemuan mayat seorang lelaki warga emas.
Pelajar patah tulang hidung ditumbuk akibat salah faham
Gara-gara pertelingkahan ketika memasuki persimpangan jalan, seorang pelajar tingkatan lima cedera ditumbuk sehingga retak tulang hidung oleh seorang lelaki tidak dikenali.
SPRM buka dua kertas siasatan terhadap Sapura Energy
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka dua kertas siasatan selepas menerima maklumat berhubung pembayaran rasuah dan penyelewengan melibatkan syarikat Sapura Energy Berhad.
Tumpuan Sabtu – 15 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (14 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Duta Mexico ke India pilih beca sebagai kenderaan rasmi
Beca automatik itu berwarna putih yang turut mempunyai bendera Mexico dan nombor plat diplomatik.