Peru isytihar darurat di 131 daerah susulan fenomena El Nino

Bernama
Mei 29, 2023 20:45 MYT
Menurut dekri yang diterbitkan dalam warta rasmi El Peruano, daerah itu termasuk Apurimac, Cusco, Junin dan Puno. - Gambar Reuters
LIMA: Kerajaan Peru pada Isnin mengisytiharkan darurat selama 60 hari di 131 daerah berikutan "bahaya" yang kemungkinan berlaku disebabkan fenomena El Nino, lapor Xinhua.
Menurut dekri yang diterbitkan dalam warta rasmi El Peruano, daerah itu termasuk Apurimac, Cusco, Junin dan Puno.
Langkah itu diambil bagi membolehkan Institut Pertahanan Awam Negara, Kementerian Kesihatan dan institusi lain bersama-sama untuk melaksanakan tindak balas kecemasan dan pemulihan.
-- BERNAMA
#El Nino #Fenomena #kecemasan #tindak balas
;