Peru isytihar darurat
Astro Awani
Mac 26, 2013 07:35 MYT
Mac 26, 2013 07:35 MYT
Peru mengisytiharkan darurat alam sekitar di kawasan terpencil hutan Amazon kerana dicemari tumpahan minyak.
Perintah selama 90 hari dibuat selepas bertahun insiden berlaku.
Penduduk asli di sekitar Lembah Sungao Pastaza yang bersempadan dengan Bolivia sebelum ini mengadu mengenai pencemaran dan kegagalan kerajaan menanganinya.
Insiden yang berlaku dikatakan mengancam nyawa mereka yang bergantung hidup dengan aktiviti perburuan dan sumber hutan.
Tumpahan dikatakan berpunca daripada saluran paip syarikat pengeluar minyak Pluspetrol yang merintasi kawasan berkenaan.
Ekoran insiden yang berlaku, ia diminta membersih segala kesan tumpahan dan pencemaran.
Selain itu, syarikat minyak milik Argentina itu juga dikenakan denda sebanyak $11 juta (RM 34.06 juta) pada Januari lalu.
Pluspetrol yang menjadi pengeluar minyak dan gas utama di negara berkenaan mula beroperasi di kawasan yang dihuni puak Quicha dan Ashuar sejak 2001.
Syarikat berkenaan bagaimanapun mengelak dan enggan memberi sebarang reaksi terhadap kejadian yang berlaku.