AS pertingkat usaha perangi Daish

Agensi
April 17, 2016 08:00 MYT
Carter yakin White House akan bersetuju dengan idea berkenaan, memandangkan Presiden Barack Obama tidak pernah lagi menolak sebarang cadangan yang berkaitan konlfik berkenaan. - Foto Darren McCollester/Getty Images/AFP
Amerika Syarikat (AS) sekali lagi menegaskan akan mempertingkatkan usaha menentang kumpulan militan Daish
Setiausaha Pertahanan AS, Ash Carter berkata, strategi tersebut termasuk meningkatkan jumlah tentera di darat dan lebih banyak serangan udara dan di media sosial.
Carter yakin White House akan bersetuju dengan idea berkenaan
Ia memandangkan Presiden Barack Obama tidak pernah lagi menolak sebarang cadangan yang berkaitan konflik berkenaan.
"Mereka tidak boleh menyerang kami di udara dan darat dan kami akan melakukannya. Ini adalah satu operasi khas.
"Sekutu kami akan menyertai serangan ini, jadi sebab itu saya yakin yang kami akan menang dalam serangan ini," tambahnya.
Carter berkata demikian ketika melancarkan operasi ketenteraan menentang militan Daish di rantau berkenaan di sini, hari ini.
#Ash Carter #Barack Obama #daish