AS pertimbang kenakan sekatan atas Myanmar
Astro Awani
Februari 5, 2021 09:41 MYT
Februari 5, 2021 09:41 MYT
PENTADBIRAN Presiden Joe Biden sedang meneliti kemungkinan mengeluarkan satu perintah eksekutif baharu susulan rampasan kuasa di Myanmar.
Washington dijangka mengenakan sekatan ke atas pemimpin tentera dan entiti berkaitan, menurut Penasihat Keselamatan Negara Jake Sullivan.
"Kami sedang mengkaji kemungkinan mengeluarkan satu perintah eksekutif baharu.
"Kami juga sedang meneliti sekatan bersasar, ke atas kedua-dua individu dan entiti, yang dikawal junta tentera.
"Jadi, kami percaya, kami akan ada banyak ruang untuk menemui jenis sekatan yang perlu dikenakan terhadap junta tentera Myanmar," katanya di Washington DC pada Khamis.
Biden sebelum ini dilaporkan akan terus menyokong demokrasi di Myanmar.
Jabatan negara kini dalam proses meneliti semula bantuan asing yang diberikan kepada negara itu.
#Donald Trump
#Myanmar
#Washington
#AS
#Joe Biden
#keselamatan
#tentera
#Jake Sullivan
#sekatan
#perintah eksekutif