Pertemuan rahsia memilih Pope baru
Agensi
Mac 1, 2013 08:07 MYT
Mac 1, 2013 08:07 MYT
Dianggarkan lebih 100 yang menghadiri pertemuan di Vatican yang diadakan secara rahsia dalam membincangkan pelantikan Pope baru bagi menggantikan Pope Benedict XVI.
Para Kardinal akan merujuk hal ehwal yang membabitkan 1.1 billion pengikut mazhab Katholik di seluruh kepada Chamberlain yang disandang warga Itali, Tarcisio Bertone, sehingga pengganti baru dipilih.
Pengumuman mengenainya dijangka akan dibuat dalam tempoh terdekat ini.
Pope Benedict yang ke-16 telah mengakhiri tugas selaku pemimpin utama Kristian katholik.
Dia yang menyandang jawatan sejak 19 April 2005, sebelum itu telah mengadakan pertemuan dengan para Kardinal dari seluruh dunia.
Benedict, kelahiran Jerman merupakan Pope pertama yang bertindak meletak jawatan sejak abad pertengahan.
Keputusan berkenaan dibuat atas faktor usia dan tahap kesihatannya yang dikatakan semakin merosot.