Pertemuan Presiden Palestin, Raja Jordan mahu henti perang

Astro Awani
Februari 26, 2024 08:10 MYT
Raja Abdullah II dalam pertemuan bersama Mahmoud Abbas di Amman, Jordan. - Foto REUTERS
AMMAN: Presiden Palestin Mahmoud Abbas mengadakan pertemuan bersama Raja Jordan, Abdullah II pada Ahad semasa lawatannya ke Amman.
Perbincangan diadakan dalam usaha mempercepatkan rundingan mengenai kemungkinan gencatan senjata selain mengurangkan intensiti perang rejim Zionis menjelang bulan Ramadan yang akan tiba.
Semasa pertemuan itu, Raja Abdullah memberi amaran terhadap penerusan perang ke atas Gaza semasa Ramadan.
Antara usaha lain yang jadi tumpuan perbincangan termasuk pembebasan tebusan yang ditahan oleh Zionis dan pejuang Hamas.
Situasi terkini bagaimanpun melihat prospek untuk menguatkuasa sebarang gencatan senjata kelihatan mustahil.
Bagaimanapun, Israel tetap berkata mereka merancang untuk meluaskan usahanya untuk memusnahkan Hamas.
Manakala Palestin dan hampir seluruh penduduk dunia masih berdiri teguh dengan tuntutannya untuk menamatkan perang yang berlanjutan hampir lima bulan itu.
Menurut Mahkamah Hashemite Diraja Jordan, serangan ketika bulan suci umat Islam itu berupaya meningkatkan ancaman ketegangan konflik di Asia Barat, di mana majoriti merupakan negara Islam.
#Mahmoud Abbas #Raja Abdullah II #gencatan senjata #Ramadan
;