Pertemuan kedua Donald Trump, Kim Jong-un diadakan di Hanoi
Agensi
Februari 9, 2019 15:12 MYT
Februari 9, 2019 15:12 MYT
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata pertemuannya dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un akhir bulan ini akan diadakan di Hanoi, Vietnam.
"Wakil-wakil saya baru sahaja meninggalkan Korea Utara selepas sesi mesyuarat yang amat produktif dan sudah bersetuju dengan masa dan tarikh sidang kemuncak kedua dengan Kim Jong Un. Ia akan berlangsung di Hanoi, Vietnam, pada 27 dan 28 Februari," menurut kata Trump menerusi Twitternya, pada Jumaat.
"Saya menantikan pertemuan dengan Pengerusi Kim dan meneruskan usaha perdamaian!" katanya lagi.
White House pada bulan lalu mengumumkan bahawa Trump dan Jong Un telah bersetuju untuk mengadakan pertemuan Sidang kemuncak kedua Amerika Syarikat (AS) dan Korea Utara.
Perkara itu dipersetujui selepas Trump bertemu ketua perunding nuklear Pyongyang, Kim Yong Chol di Washington.