Pertempuran sengit pemberontak dan tentera Syria

Astro Awani
Mac 25, 2013 07:47 MYT
Pertempuran sengit meletus antara pemberontak dan tentera kerajaan Syria di Damsyik.
Ia sebahagian daripada usaha kumpulan penentang untuk menguasai ibu negara sebelum menggulingkan presidennya, Bashar Al-Assad.
Serangan pemberontak tertumpu di lapangan terbang lama Damsyik yang dipercayai menjadi kubu utama tentera kerajaan.
Rakaman amatur menunjukkan perang gerila mula merebak di dalam bandar dan mengakibatkan lebih banyak pertumpahan darah.
Rumah dan premis perniagaan menjadi sasaran sekaligus melumpuhkan aktiviti harian penduduk.
Sementara itu , pemimpin kumpulan penentang, Riyadh Al-As-a'd cedera parah selepas diserang di Dirr Zur.
Insiden menyebabkan salah satu kakinya putus.
Pada minggu lalu, ulama Sunnah Syria, Ramadhan Al-Buti turut terkorban dalam serangan berani mati ke atas Masjid Al-Iman.
Ia juga meragut nyawa 49 yang lain termasuk cucunya.
Menurut Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) sejak revolusi rakyat Syria bermula pada Mac 2011 lebih 70 000 penduduk terbunuh.
#Bashar al-Assad #Damsyik #Syria
;