Pertempuran cemari ulang tahun kebangkitan Syria
Astro Awani
Mac 16, 2013 08:51 MYT
Mac 16, 2013 08:51 MYT
Pertempuran sengit di Daraa dan Homs diserang bertalu ketika ulang tahun kedua kebangkitan rakyat Syria menentang kepimpinan Presiden Bashar Al Assad.
Pemimpin Tentera Pembebasan Syria, (FSA) berikrar tidak akan mengalah sehingga kerajaan negara itu ditumbang.
Ketua Majlis Tentera Tertinggi, Jeneral Salim Idris berkata ia menjadi tanggung jawab FSA untuk melindungi semua rakyat Syria.
Dia mengakui perjuangan selama ini bukan mudah kerana mereka diasak dengan serangan kapal terbang, kereta kebal dan tembakan meriam.
Bagaimanapun, ia tidak mematah semangat kumpulan penentang.
Sementara sempena ulang tahun kedua, pihak berkuasa meningkatkan kawalan keselamatan bangunan kerajaan di Damsyik.
Langkah berkenaan dibuat selepas anggota anti kerajaan meningkatkan serangan ke atas tentera dan bangunan awam.
Dalam rakaman yang disiarkan, ia memapar visual orang ramai cuba memadam kebakaran.