Pertahanan udara Rusia tembak jatuh dron Ukraine di wilayah Smolensk
Bernama
November 15, 2023 16:41 MYT
November 15, 2023 16:41 MYT
MOSCOW: Kementerian Pertahanan Rusia berkata sistem pertahanan udaranya menembak jatuh sebuah dron Ukraine di Wilayah Smolensk, barat Rusia pada Rabu, lapor Sputnik.
"Pada 15 Nov, kira-kira 7.30 pagi waktu Moscow (04:30 GMT), percubaan Kyiv untuk melakukan serangan menggunakan sebuah pesawat tanpa pemandu (UAV) ke atas sasaran di Persekutuan Rusia telah digagalkan.
"Sistem pertahanan udara memusnahkan dron Ukraine di ruang udara Wilayah Smolensk," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.
Rusia menjalankan operasi ketenteraan di Ukraine sejak 24 Feb 2022.
Presiden Vladimir Putin berkata matlamat utama operasi itu adalah untuk membebaskan Donbas daripada kawalan Ukraine dan mewujudkan keadaan yang menjamin keselamatan Rusia.
-- BERNAMA