Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta

Agensi
November 22, 2024 17:21 MYT
Charles ditabalkan sebagai raja di Westminster Abbey dalam satu upacara yang dihadiri tetamu kenamaan dari seluruh dunia, Mei tahun lalu. - Foto AP
LONDON: Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak GBP72 juta (hampir RM424 juta), lapor agensi berita PA Media.
Angka itu termasuk kos GBP50.3 juta (RM280 juta) daripada Jabatan Kebudayaan, Media dan Sukan (DCMS) dan GBP21.7 (RM128 juta) daripada Pejabat Dalam Negeri untuk mengurus acara yang disifatkan hanya berlaku sekali dalam satu generasi, pada Mei 2023.
Charles ditabalkan sebagai raja di Westminster Abbey dalam satu upacara yang dihadiri tetamu kenamaan dari seluruh dunia.
Sebuah konsert yang dibarisi bintang ternama turut diadakan di Istana Windsor pada malam berikutnya.
Laporan tahunan dan akaun DCMS menyatakan bahawa jabatan itu berjaya menjalankan upacara Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Raja Charles III, yang ditonton oleh jutaan penonton di United Kingdom dan di seluruh dunia".
DCMS ialah jabatan kerajaan utama yang bekerja dengan keluarga diraja untuk upacara pertabalan.
Ia menyifatkan pertabalan itu sebagai momen yang amat jarang berlaku dan memberi kesempatan untuk seluruh negara berkumpul dalam satu perayaan, dan memberi peluang unik untuk mengukuhkan identiti nasional dan mempamerkan UK kepada dunia.
#Raja Charles III #United Kingdom #pertabalan Raja Charles
;