Persidangan Keselamatan: WHO beri amaran jangan politikkan COVID-19

Astro Awani
Februari 20, 2021 13:45 MYT
Dalam pada itu, Tedros turut mengucapkan terima kasih kepada Presiden AS Joe Biden kerana menyertai semula WHO. - Gambar fail
PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran kepada para pemimpin dunia agar tidak mempolitikkan koronavirus.
Sebaliknya, menurut Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Grebeyesus, virus COVID-19 itu harus menjadi titik penyatuan ideologi politik, dalam usaha mengekang penularannya.
"Saya katakan kepada mereka, baik di Amerika Syarikat (AS) mahu pun di negara-negara lain, anda boleh berbeza pendapat dari segi politik, anda boleh meneruskan persaingan dari segi ideologi politik masing-masing.
"Tetapi tolong, jangan politikkan virus ini. Virus ini sepatutnya menyatukan anda," katanya pada Jumaat, dalam ucapan di Persidangan Keselamatan Munich yang disampaikan secara maya.
Dalam pada itu, Tedros turut mengucapkan terima kasih kepada Presiden AS Joe Biden kerana menyertai semula WHO.
Katanya, keanggotaan AS bukan hanya mengenai dana, tetapi juga mengenai kepimpinan global yang diberikannya.
Pada Mei 2020, presiden AS ketika itu, Donald Trump, mengumumkan menamatkan hubungan dengan WHO.
Katanya, Washington akan sebaliknya menyalurkan dana ke negara lain di seluruh dunia yang memerlukan bantuan kesihatan awam.
COVID-19 | WHO beri amaran jangan politikkan COVID-19
#Donald Trump #COVID-19 #Joe Biden #koronavirus #keselamatan #Washington #Amerika Syarikat #politik #kesihatan #presiden #WHO #Tedros Adhanom Grebeyesus #virus #titik penyatuan #ideologi politik
;