Persiapan terakhir Tahun Baru Cina di Beijing

Astro Awani
Februari 9, 2013 08:36 MYT
Penduduk di Beijing kini melakukan persiapan akhir bagi menyambut kedatangan Tahun Baru Cina.
Ia termasuk persiapan untuk makan besar iaitu satu acara penting yang diadakan bagi setiap keluarga pada malam sebelum sambutan Tahun Baru.
Bagi masyarakat Tionghoa, selain tradisi makan besar, tradisi membakar mercun juga tidak dilupakan.
Ia merupakan antara barang yang berada dalam senarai setiap kali tiba sambutan Tahun Baru.
Mereka percaya bunyi letupan mercun mampu menghalau nasib malang.
Bersempena Tahun Ular ini, penduduk Beijing juga optimistik terhadap kerjaya dan kewangan mereka.
Rata-rata penduduknya berharap kerajaan dapat meningkatkan kehidupan mereka daripada pelbagai aspek.
Malah pertukaran kepimpinan di China juga menyaksikan penduduknya menaruh harapan yang tinggi kepada pemerintah.
Bagaimanapun, kebanyakan penduduk memilih untuk menangguhkan perkahwinan mereka serta beberapa keputusan besar yang lain bagi mengelakkan kegagalan pada Tahun Ular.
#bakar mercun #Beijing #Makan besar #Tahun Baru Cina
;