Persiapan Ramadan di Mesir meriah

Astro Awani
April 12, 2021 09:04 MYT
Orang ramai dilihat memenuhi pasar di Mesir dan berpusu-pusu melakukan persiapan sebelum Ramadan bermula. - Foto REUTERS/Mohamed Abd El Ghany
CAIRO: Sambutan awal Ramadan tahun ini dijangka sederhana susulan ancaman COVID-19.
Namun, di Kaherah, Mesir, situasinya berbeza, meriah dan sesak.
Orang ramai dilihat memenuhi pasar di bandar itu dan berpusu-pusu melakukan persiapan sebelum Ramadan bermula.
Bagi mereka, jumlah jangkitan yang lebih terkawal, memungkinkan mereka keluar rumah untuk membeli barangan keperluan.
Mesir dengan populasi lebih 100 juta orang melaporkan sebanyak 209, 677 kes COVID-19 dengan 12,405 kes kematian.
Umat Islam di seluruh dunia dijangka mula berpuasa sama ada pada Selasa atau Rabu.
#Islam #Ramadan #Mesir #COVID-19 #ramadan2021
;