Persiapan hadapi letusan gunung berapi Mayon diperhebat

Agensi
Januari 28, 2018 15:22 MYT
Gunung berapi Mayon mula aktif sejak 13 Januari lepas dan telah memuntahkan lava, batuan lebur dan abu panas selama beberapa kali memaksa lebih dari 78,000 penduduk dipindahkan. - Gambar REUTERS
Beberapa agensi kerajaan di Filipina mengadakan latihan persediaan berhampiran gunung berapi Mayon pada Ahad.
Latihan tersebut melibatkan pengawal pantai, agensi kebakaran serta badan pengurusan perubatan dan bencana.
Ia dianjurkan sebagai persediaan memastikan semua jentera dan peralatan bersiap sedia untuk menghadapi sebarang bencana yang disebabkan gunung berapi Mayon dan hujan lebat yang kini menjejaskan kawasan tersebut.
Gunung berapi Mayon mula aktif sejak 13 Januari lepas dan telah memuntahkan lava, batuan lebur dan abu panas selama beberapa kali memaksa lebih dari 78,000 penduduk dipindahkan.
Terbaharu, Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (PHIVOLICS) mengeluarkan amaran tentang risiko lahar dan aliran lumpur vulkanik dari gunung Mayon.
Gunung Mayon yang terletak di wilayah timur laut Albay telah meletus sebanyak 50 kali dalam tempoh 500 tahun.
Pada 2013, letusan di gunung itu membunuh lima pendaki yang berada kawasan berhampiran walaupun amaran sudah dikeluarkan.
Filipina mempunyai kira-kira 22 gunung berapi yang aktif dan letusan gunung Pinatubo pada 1991 merupakan salah satu letusan gunung berapi terbesar abad ke-20 yang membunuh ratusan mangsa.
#Albay #Filipina #gunung berapi #latihan persediaan #Mayon
;