Persetujuan tebing fiskal AS buntu
Astro Awani
Disember 31, 2012 09:54 MYT
Disember 31, 2012 09:54 MYT
Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menuntut wakil Republikan supaya menerima rundingan berhubung tebing fiskal, sekaligus mengakhiri kebuntuan keadaan ekonomi negara itu.
Kurang daripada 24 jam pesetujuan perlu dibuat, Obama sekali lagi menegaskan supaya pemimpin Kongres menjalankan kewajipan masing-masing demi memastikan ekonomi Amerika tidak kembali ke dalam kemelesetan.
Bagaimanapun usaha untuk mencapai persetujuan itu masih lagi samar-samar memandangkan pemimpin senat sudah pun melepasi tarikh akhir mereka untuk mencapai pesetujuan.
Kegagalan memuktamadkan rundingan menjelang 31 Disember bermakna beberapa siri langkah peningkatan cukai dan pemotongan perbelanjaan melebihi 600 bilion amerika akan berkuatkuasa 1 Januari.
Wakil Republikan menyatakan telah pun berhubung dengan Naib Presiden Joe Biden bagi memecah kebuntuan berkenaan.
Wakil Demokrat pula berharap masih ada waktu untuk memuktamadkan rundingan demi menyelamatkan pembayar cukai daripada krisis ekonomi.
Sementara itu penganalisis menyatakan biarpun persetujuan dicapai, ia tidak dapat banyak membantu untuk menurunkan defisit dan had hutang negara itu.