Persatuan wartawan Palestin desak kematian Shaza disiasat

Astro Awani
Disember 30, 2024 08:30 MYT
Shaza sebelum ini dilaporkan meninggal dunia akibat tembakan di kepala semasa pertempuran antara PA dan pejuang di kem pelarian Jenin. - Foto X/@InfoPJS
JENIN: Persatuan Wartawan Palestin (PJS) menyeru pembentukan jawatankuasa bebas untuk menyiasat kematian Shaza al-Sabbagh, seorang pelajar jurusan kewartawanan dari Universiti Terbuka Al-Quds.
Menerusi satu kenyataan, PJS berkata siasatan bertujuan mendedahkan kebenaran, membawa pembunuh ke muka pengadilan dan memastikan mereka tidak terlepas daripada hukuman.
Shaza sebelum ini dilaporkan meninggal dunia akibat tembakan di kepala semasa pertempuran antara Pihak Berkuasa Palestin (PA) dan pejuang di kem pelarian Jenin, Tebing Barat yang diduduki.
Keluarga mangsa mendakwa tembakan tersebut berasal dari pos ketenteraan PA.
Bagaimanapun jurucakap PA menafikan penglibatan pasukan mereka dalam insiden itu.
PA, yang sebahagiannya mentadbir kawasan di Tebing Barat yang diduduki, menjalankan operasi untuk membanteras apa yang dikatakan sebagai unsur-unsur yang tidak berlandaskan undang-undang di kem pelarian Jenin.
#Shaza al-Sabbagh #PJS #kem pelarian Jenin #PA
;