Permusuhan Tehran-Washington tidak akan tamat sekalipun Trump sudah berundur - Khamenei
Saraya Mia
Disember 16, 2020 20:29 MYT
Disember 16, 2020 20:29 MYT
TEHRAN: Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei mengulangi pendirian bahawa permusuhan Tehran dengan Washington tidak akan tamat walaupun Presiden Amerika Syarikat (AS) yang ke-44, Donald Trump sudah berundur dari White House.
Memetik kenyataan di laman web rasmi milik pemimpin republik itu pada Rabu, beliau mendakwa permusuhan di antara kedua-dua negara itu bukan sahaja tertumpu semasa Trump berada di tampuk kepimpinan.
“Permushan (terhadap Iran) bukan sahaja bermula dari Pentadbiran Trump, yang mana ia tidak tamat selepas beliau bersara, sama seperti waktu Pentadbiran Presiden Barack Obama dahulu,” kata Khamenei dalam kenyataan tersebut.
November lalu, Khamenei telah menjelaskan bahawa polisi Tehran terhadap AS telah dimuktamadkan dan tidak akan berubah hanya kerana perubahan individu dalam kabinet.
Sebelum ini, bakal Presiden Joe Biden berjanji akan kembali bersama Iran dalam perjanjian nuklear 2015, yang turut melibatkan kerjasama enam kuasa Barat, selepas Trump menarik diri daripada perjanjian tersebut pada 2018.
#Donald Trump
#White House
#Iran
#Khamenei
#Washington
#Tehran
#permusuhan
#Ayatollah Ali Khamenei
#Pemimpin Agung Iran