AS perlu kukuhkan kedudukan di rantau Indo-Pasifik - Blinken

Bernama
Mac 23, 2023 05:15 MYT
AS mungkin tidak dapat menandingi China tetapi akan cuba meningkatkan penglibatan di rantau itu dengan cara yang tidak pernah dilihat sebelum ini. - Gambar AP Newsroom/fail
WASHINGTON: Amerika Syarikat berhasrat mengukuhkan kedudukan di rantau Indo-Pasifik yang kini sedang berkembang pesat dari segi ekonomi ekoran pelaburan dari China, kata Setiausaha Negara Antony Blinken kepada Jawatankuasa Perhubungan Luar.
"Kita mempunyai wilayah yang memacu - pada asasnya 75 peratus daripada pertumbuhan ekonomi dalam tempoh lima atau enam tahun yang lalu.
"China melabur kira-kira 50 peratus daripada program bantuan, ekonomi serta sumber diplomatiknya di Indo-Pasifik, (sepatutnya) kita berada di sana terlebih dahulu," kata Blinken pada Rabu.
AS mungkin tidak dapat menandingi China tetapi akan cuba meningkatkan penglibatan di rantau itu dengan cara yang tidak pernah dilihat sebelum ini, katanya. - BERNAMA-SPUTNIK
#China #pelaburan #Amerika Syarikat #ekonomi
;