Perkhidmatan kereta api UK lumpuh akibat kerosakan sistem komunikasi

Bernama
Disember 6, 2024 19:30 MYT
National Rail turut memberi amaran bahawa perkhidmatan kereta api mungkin dibatalkan, ditunda sehingga 15 minit, atau disemak semula. - Gambar fail/ Reuters
LONDON: Perkhidmatan kereta api di seluruh Britain tergendala berikutan kerosakan sistem komunikasi pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik kenyataan National Rail.
"Terdapat kerosakan menyeluruh pada sistem komunikasi di dalam kereta api," kata National Rail dalam satu kenyataan, menjelaskan bahawa masalah itu berkaitan dengan sistem radio antara pemandu dan pengendali isyarat.
Antara rangkaian yang terjejas termasuk Gatwick Express, Great Northern, Southern, dan Thameslink.
National Rail turut memberi amaran bahawa perkhidmatan kereta api mungkin dibatalkan, ditunda sehingga 15 minit, atau disemak semula.
"Kami menjangkakan gangguan ini berterusan sehingga pukul 12.00 tengah hari," katanya.
-- BERNAMA
#UK #kereta api #Gangguan Perkhidmatan #masalah komunikasi
;