Perkhidmatan kereta api penumpang rentas sempadan Laos-Thailand mula beroperasi

Bernama
Julai 21, 2024 10:43 MYT
Kereta api pertama berlepas pada Jumaat dari stesen Krung Thep Aphiwat Central dan tiba di stesen kereta api Khamsavath pada Sabtu. - Foto: X @ThaiTrainGuide
VIENTIANE: Perkhidmatan kereta api penumpang rentas sempadan Laos-Thailand mula beroperasi secara rasmi dengan menghubungkan antara stesen Krung Thep Aphiwat Central di ibu negara Thailand, Bangkok dan stesen kereta api Khamsavath di ibu negara Laos, Vientiane.
Majlis perasmian yang diadakan di Vientiane pada Sabtu dihadiri oleh Timbalan Menteri Kerja Raya dan Pengangkutan Laos, Saysongkham Manodham, Timbalan Menteri Pengangkutan Thailand, Surapong Piyachote serta wakil dari kedua-dua negara.
Kereta api pertama berlepas pada Jumaat dari stesen Krung Thep Aphiwat Central dan tiba di stesen kereta api Khamsavath pada Sabtu dengan keseluruhan perjalanan mengambil masa kira-kira 12 jam.
Berucap pada majlis perasmian, timbalan pengarah jabatan kereta api di bawah Kementerian Kerja Raya dan Pengangkutan Laos, Hinphet Lakhonevong, berkata pembukaan perkhidmatan kereta api penumpang rentas sempadan Laos-Thailand akan memberikan lebih banyak kemudahan untuk rakyat kedua-dua negara melakukan perjalanan.

Rapid International No. 133 arrived in Nong Khai about 38 minutes late. Everyone had to disembark here. For those continuing onto Vientiane (Khamsavath), we proceeded straight to Immigration towards the far end of the platform. I was at the front and so I went through in just a pic.twitter.com/MfYqANxUbh

— Thai Train Guide (@ThaiTrainGuide) July 20, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Perkhidmatan itu menurut beliau turut menggalakkan pembangunan perdagangan, pelaburan dan pelancongan antara kedua-dua pihak serta meningkatkan lagi hubungan antara Laos, Thailand dan negara Subkawasan Sungai Mekong Besar.
Timbalan Menteri Pengangkutan Thailand Surapong Piyachote berkata operasi kereta api penumpang rentas sempadan itu memberi manfaat kepada rakyat Thailand dan Laos, menjadikan pertukaran antara kedua-dua pihak lebih mudah.
-- BERNAMA
#kereta api #penumpang #thailad-laos #Krung Thep Aphiwat Central #khamsavath