Perkhidmatan internet, telefon terputus di utara Semenanjung Gaza

Bernama
Oktober 30, 2023 12:20 MYT
Perkhidmatan telefon dan Internet terputus di bahagian utara Semenanjung Gaza, umum Palestine Cellular Communications Company (Jawwal) pada Isnin. - Gambar fail/AP
GAZA CITY (Palestin): Perkhidmatan telefon dan Internet terputus di bahagian utara Semenanjung Gaza, umum Palestine Cellular Communications Company (Jawwal) pada Isnin, lapor Agensi Anadolu.
"Dalam beberapa jam kebelakangan ini, beberapa kawasan di utara Semenanjung Gaza mengalami gangguan perkhidmatan akibat kegagalan generator utama di satu daripada stesen utama kami di kawasan Sheikh Radwan.
"Sejak serangan ke atas Semenanjung Gaza, rangkaian komunikasi tetap dan selular serta Internet mengalami gangguan perkhidmatan akibat kerosakan berulang pada elemen rangkaian," menurut syarikat itu dalam kenyataan di Facebook.
Jawwal berkata kakitangan syarikat sedang berusaha untuk memulihkan perkhidmatan itu.
-- BERNAMA
#perkhidmatan Internet #telefon #terputus #utara semenanjung Gaza