Perkasa WHO, cabaran pandemik masa depan antara isu perhimpunan di Geneva

Astro Awani
Mei 23, 2022 10:45 MYT
Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berucap pada Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-75 di Geneva, Switzerland. - Foto REUTERS
GENEVA: Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus membentangkan pelan untuk masa depan keselamatan kesihatan global pada perhimpunan tahunan agensi kesihatan PBB itu, pada Isnin.
WHO menjadi tuan rumah kepada hampir 200 negara anggota di Geneva.
Dr Tedros memulakan dengan memetik ahli sejarah Greece purba Thucydides, yang mahu dunia belajar daripada kesilapan wabak yang dahsyat di Athens pada 430 SM.
Hampir 2,500 tahun kemudian dan selepas COVID-19 telah membunuh sekurang-kurangnya 15 juta orang di seluruh dunia, mengelak berulangnya kesilapan yang membawa maut dalam pandemik masa depan ialah tema tidak bertulis Perhimpunan Kesihatan Sedunia minggu ini di Geneva.
Semasa perwakilan bertemu di perhimpunan itu, COVID-19 masih lagi marak di seluruh dunia.
Negara-negara semakin terpolarisasi berbanding sebelum ini mengenai cara terbaik untuk memerangi krisis kesihatan terbesar dunia abad ini malah usaha untuk vaksinasi seluruh dunia masih belum lengkap.
Selain itu, apakah peranan masa depan agensi PBB dalam menghalang dunia daripada melupakan wabak maut ini dan membimbing dunia melalui wabak seterusnya masih tidak jelas.
MEMPERKASAKAN WHO
Kertas putih Tedros, yang akan dibincangkan di perhimpunan itu, membayangkan masa depan dengan WHO yang diperkukuh sebagai pusat kesediaan kecemasan kesihatan.
Sebahagian daripada rancangannya telah dilihat oleh pemerhati WHO sebagai rampasan kuasa, termasuk cadangan untuk menubuhkan majlis kecemasan kesihatan global yang "dihubungkan dan sejajar dengan" WHO.
Sebaliknya, pakar luar peringkat tinggi telah mencadangkan bahawa mana-mana badan jenis ini harus bebas dan di peringkat pemimpin dunia.
Cadangan alternatif oleh Kumpulan G20 untuk dana pandemik sehingga AS$50 bilion pada mulanya dilihat sebagai potensi saingan kepada WHO, yang mempunyai kuasa untuk mengagihkan wang melalui mekanisme kecemasan sebagai tindak balas kepada wabak penyakit.
Kini agensi itu sedang berusaha untuk memainkan peranan dalam dana yang dicadangkan, mungkin melalui kerusi lembaga, bermakna mereka secara teorinya boleh wujud bersama, dengan dana itu menyalurkan wangnya melalui WHO.
Hasil terbesar daripada perhimpunan itu sendiri dijangka merupakan perjanjian pembiayaan yang dilihat perlu untuk memastikan kelangsungan hidup WHO, dengan perjanjian ditetapkan untuk diluluskan oleh ahli yang akan membantu mengurangkan pergantungan mereka pada derma yang terikat.
WHO pada masa ini kebanyakannya dibiayai oleh sumbangan sukarela daripada kerajaan dan penderma swasta, sebuah badan yang dikatakan oleh agensi PBB dan panel pakar bebas sebagai tidak mampan kerana organisasi itu menghadapi cabaran baharu, termasuk risiko wabak yang lebih tinggi serta isu kesihatan lain.
Perjanjian itu akan menaikkan yuran mandatori untuk negara anggota dan mengurangkan pergantungannya pada derma, selagi WHO membuat perubahan yang sangat diperlukan untuk meningkatkan kecekapan dan ketelusan mungkin ia akan diluluskan.
Kata pemerhati, ia adalah langkah pertama yang penting dalam meletakkan dunia di tempat yang lebih baik untuk ancaman baharu namun lebih banyak perlu dilakukan.
Menurut Pengasas Rangkaian Tindakan Pnademik, Carolyn Reynolds, "Memperkasa WHO adalah penting tetapi tidak mencukupi untuk mencegah, bersiap-sedia dan bertindak balas terhadap pandemik lain."
Jelasnya, ini kerana walaupun WHO mungkin lebih meluas daripada pandemik, pandemik juga lebih banyak daripada WHO.
Amaran yang dilihat Thucydides di Athens, di mana wabak itu meninggalkan ujian semasa dunia purba dengan demokrasi mula bergema ketika itu, namun ia kembali bergema apabila COVID-19 menghancurkan ekonomi global dan mendedahkan kelemahan dalam sistem politik.
Minggu lalu, Panel mengenai Kesiapsiagaan dan Tindak Balas Pandemik, badan yang ditubuhkan oleh WHO mengeluarkan laporan memberi amaran dunia tidak bersedia untuk ancaman kesihatan baharu.
Pembaharuan adalah satu keperluan mendesak, laporan itu menyatakan dunia memerlukan WHO yang diperkukuh dan kesediaan yang lebih baik secara menyeluruh.
#COVID-19 #WHO #perhimpunan #Pertubuhan Kesihatan Sedunia
;