Perjanjian Nuklear: Janji AS tiada kredibiliti - Iran
Astro Awani
Mac 21, 2021 07:36 MYT
Mac 21, 2021 07:36 MYT
IRAN tidak berpegang pada janji Amerika Syarikat (AS) untuk memansuhkan sekatan.
Republik itu sebaliknya hanya akan kembali pada komitmennya di bawah Perjanjian Nuklear 2015 setelah Washington menghapuskan sepenuhnya sekatan ke atas mereka.
Kata pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, Tehran hanya percaya kepada AS semasa pemerintahan bekas presiden, Barack Obama.
Buat masa ini, katanya, AS hanya menabur janji untuk menghapuskan sekatan, sebaliknya tidak berbuat demikian.
Pentadbiran Presiden Joe Biden sedang mencari jalan untuk memulihkan Perjanjian Nuklear 2015 yang ditandatangani Iran dengan kuasa besar dunia.
Perjanjian itu terumbang-ambing selepas bekas presiden Donald Trump menarik diri daripadanya dan mengenakan sekatan ketat.
Wujud pandangan berbeza mengenai pihak mana yang perlu kembali mematuhi komitmen sebelum rundingan disambung semula.
#Iran
#Washington
#Amerika Syarikat
#Joe Biden
#Barack Obama
#sekatan
#Perjanjian Nuklear 2015
#rundingan