Perjanjian Nuklear: Iran serius runding dengan kuasa dunia - Presiden

Astro Awani
Disember 11, 2021 22:25 MYT
Ebrahim Raisi berucap di Parlimen ketika satu sesi undi percaya untuk menteri pendidikan di Tehran, Iran, 16 Nov 2021. - Gambar fail AP
PRESIDEN Iran Ebrahim Raisi menegaskan Tehran serius dalam rundingan nuklearnya dengan kuasa dunia di Vienna.
Lapor media tempatan, Ebrahim Raisi berkata, persetujuan boleh dicapai sekiranya pihak lain juga serius mengenai penghapusan sekatan Amerika Syarikat ke atas mereka.
Memetik laporan media IRNA, Ebrahim berkata, hakikat bahawa Iran membentangkan teks cadangannya kepada pihak lain menunjukkan Tehran serius dalam perbincangan tersebut.
Bagaimanapun, pada Sabtu, perunding utama Iran berkata, beberapa isu masih tidak dapat diselesaikan dalam rundingan Vienna.
Rundingan tidak langsung Amerika Syarikat-Iran untuk memulihkan Perjanjian Nuklear Iran 2015 masih berlangsung.
Diplomat dari Perancis, Britain, Jerman, Rusia Dan China berulang-alik antara kedua-dua pihak kerana Tehran enggan berhubung secara langsung dengan Washington.
Di bawah perjanjian asal Amerika Syarikat, Iran mengehadkan program nuklearnya sebagai balasan untuk pelepasan daripada sekatan Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan PBB.
Di bawah pentadbiran bekas presiden Donald Trump, Amerika umum menarik diri daripada perjanjian itu.
Trump kemudian mengenakan semula sekatan ke atas iran.
Ini menyebabkan Tehran kembali menyambung aktiviti nuklearnya, tindakan yang mencabuli perjanjian.
Iran menyatakan ia mahu semua sekatan ditarik balik.
#Iran #perjanjian nuklear #Amerika Syarikat #Ebrahim Raisi