Perjanjian Nuklear Iran: Rundingan diteruskan hari ini

Astro Awani
April 27, 2021 10:44 MYT
Rundingan menghidupkan Perjanjian Nuklear Iran 2015 disambung semula pada Selasa. -Gambar hiasan
VIENNA: Rundingan menghidupkan Perjanjian Nuklear Iran 2015 disambung semula pada Selasa.
Menurut Kesatuan Eropah (EU), beberapa pusingan terakhir perbincangan tertumpu untuk membawa Amerika Syarikat kembali dalam perjanjian itu dan meyakinkan Tehran untuk menghentikan pencabulannya.
Iran, Britain, China, Perancis, Jerman dan Rusia bertemu di Vienna untuk mencari konsensus ke atas langkah-langkah yang diperlukan perjanjian itu.
Ini selepas Amerika Syarikat meninggalkannya ketika pentadbiran bekas presiden Donald Trump pada 2018.
Tambah EU, perbincangan turut akan memastikan pelaksanaan sepenuhnya dan berkesan dalam perjanjian berkenaan.
Delegasi AS berada di lokasi yang berasingan di Vienna yang membolehkan wakil-wakil dari lima kuasa besar tersebut melakukan rundingan dengan delegasi berkenaan kerana Iran menolak rundingan secara langsung.
#EU #Amerika Syarikat #Kesatuan Eropah #Jerman #China #Britain #Iran #Rusia #nuklear #perjanjian #Vienna
;