Perjanjian Nuklear Iran: Rundingan disambung di Vienna

Astro Awani
April 27, 2021 07:51 MYT
Mikhail Ulyanov dilihat di luar premis di mana perbincangan dengan Iran sedang berlangsung secara tertutup di Vienna, Austria, 20 April, 2021. - Gambar fail AP
RUNDINGAN kuasa dunia berhubung Perjanjian Nuklear Iran 2015 kembali disambung, dengan tumpuan utama mengembalikan Amerika Syarikat dalam perjanjian berkenaan.
Sesi berlangsung di Vienna pada Selasa, yang pertama sejak Iran mengemukakan dakwaan Rusia pernah cuba mensabotaj perjanjian tersebut.
Pada mesyuarat tersebut, Rusia tidak mengeluarkan kenyataan balas.
Sebaliknya, wakil Kremlin, Mikhail Ulyanov menyifatkan mesyuarat berjalan lancar.
Pihak berkepentingan juga setuju untuk mempercepatkan proses menguatkuasa semula perjanjian.
Amerika tidak terlibat secara langsung dalam rundingan ini.
Ini susulan tindakannya menarik diri daripada perjanjian yang dimeterai itu, di bawah pentadbiran bekas presiden Donald Trump pada 2018.
Bagaimanapun di bawah Presiden Joe Biden, Washington komited mahu menyertai semula rundingan tersebut.
Setakat ini, rundingan Amerika dan Iran belum mengadakan rundingan langsung.
#Amerika Syarikat #Joe Biden #Washington #Rusia #Iran #Donald Trump #rundingan #sabotaj #Vienna #Perjanjian nuklear Iran #Mikhail Ulyanov
;