Perjanjian Nuklear 2015: AS-Iran mula rundingan tidak langsung

Astro Awani
April 2, 2021 07:53 MYT
Bendera Iran kelihatan berkibar di hadapan ibu pejabat Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di Vienna, Austria, 1 Mac, 2021. REUTERS
AMERIKA Syarikat dan Iran pada Jumaat mengumumkan akan memulakan rundingan tidak langsung dengan beberapa kuasa nuklear lain bagi membuka laluan untuk kedua-dua negara kembali ke meja rundingan.
Rundingan pelbagai pihak ini bertujuan mencari titik pertemuan berhubung Perjanjian Nuklear 2015.
Sebelum ini Amerika Syarikat dan Iran dilapor meletakkan beberapa syarat sebelum setuju untuk kembali berunding.
Kesatuan Eropah, China, Perancis, Jerman, Rusia, Britain dan Iran mengakui wujud prospek cerah untuk Amerika kembali menyertai perjanjian itu.
Negara terlibat juga menyatakan komitmen untuk mengekalkan Perjanjian Nuklear dan menguatkuasakannya.
Amerika di bawah pentadbiran Donald Trump umum menarik diri daripada perjanjian itu pada 2018.
Namun, di bawah pentadbiran Joe Biden, Washington mengumumkan hasrat untuk kembali menyertai rundingan itu.
Iran mahu Amerika menarik semula sekatan ekonomi dikenakan ke atasnya sebelum mematuhi semua komitmennya kepada perjanjian berkenaan.
Menteri Luar Iran Mohammad Javad Zarif bagaimanapun menegaskan tiada mesyuarat dirancang antara pegawai Iran dan AS.
Jurucakap Jabatan Negara AS Ned Price sementara itu menyifatkan penyambungan semula rundingan itu, dijadualkan berlangsung di Austria pada Selasa, adalah satu "langkah sihat menuju ke hadapan".

At virtual JCPOA JC meeting, Iran & EU/E3+2 agreed to resume in-person talks in Vienna next Tues. Aim: Rapidly finalize sanction-lifting & nuclear measures for choreographed removal of all sanctions, followed by Iran ceasing remedial measures. No Iran-US meeting. Unnecessary.

— Javad Zarif (@JZarif) April 2, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Joe Biden #Washington #ekonomi #Kesatuan Eropah #EU #Iran #Amerika Syarikat #Perjanjian Nuklear 2015
;