Perjanjian gencatan senjata di Gaza perlu selesai segera - Antony Blinken
Agensi
Ogos 21, 2024 08:30 MYT
Ogos 21, 2024 08:30 MYT
DOHA: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken pada Selasa menegaskan, perjanjian gencatan senjata di Gaza perlu diselesaikan dalam beberapa hari akan datang.
Beliau menambah AS, Mesir dan Qatar akan melakukan segala yang mungkin untuk memastikan Hamas bersetuju dengan "cadangan perantara" tersebut.
"Israel kini telah menerima cadangan itu. Saya telah mendengar ini secara langsung daripada Perdana Menteri Benjamin Netanyahu semalam (Isnin). Dan kami berharap dan berharap Hamas akan melakukan perkara yang sama.
"Ini tentang kepentingan mendesak sekarang. Ini perlu diselesaikan dan perlu diselesaikan dalam beberapa hari akan datang, dan kami akan melakukan segala yang mungkin untuk memastikan ia berjaya," katanya
Blinken berkata demikan dalam sidang media di Doha sambil memaklumkan selepas Hamas bersetuju dengan cadangan dikemukakan oleh Washington untuk menyelesaikan perbezaan yang menghalang perjanjian gencatan senjata dan perlu mencapai persetujuan mengenai butiran pelaksanaannya.
Jelasnya, AS sekian lama menegaskan mereka tidak menerima pendudukan jangka panjang Israel di Wilayah Palestin.