Filipina menganggap perjanjian dengan Bangsamoro penting bagi mewujudkan perdamaian dan keamanan di wilayah selatan, terutama Mindanao, dan menghentikan kegiatan menculik dan aktiviti jenayah yang lain.
Oleh itu, Filipina mengharapkan pelancaran semula Perjanjian Damai Bangsamoro sebagai "langkah ke hadapan", kata Setiausaha (Menteri) Pejabat Operasi Komunikasi Presiden, Martin Andanar.
Beliau berkata Rodrigo Duterte, yang mengangkat sumpah sebagai Presiden Filipina ke-16 pada Jun, begitu tegas mahukan kegiatan menculik dihentikan.
"Lawatan presiden ke Sulu minggu lepas jelas menunjukkan matlamatnya hendak menyelesaikan masalah ekstremis yang kami hadapai," kata Andanar, merujuk kepada kumpulan Abu Sayyaf.
"Beliau (Duterte) sedang memperkukuh tentera kami, dan kini menghantar satu delegasi ke Malaysia bukan saja untuk membereskan Perjanjian Damai Bangsamoro tetapi juga membincangkan bagaimana kedua-dua negara dapat akhirnya menyelesaikan isu ini," kata beliau semasa melawat Bernama.
Andanar disambut oleh Pengerusi Bernama Datuk Seri Azman Ujang.
Proses damai Bangsamoro menjalani pengubahsuaian selama lebih 17 tahun menerusi rundingan antara Kerajaan Filipina dengan wakil rakyat Moro.
Anggota-anggota panel pelaksana baharu kerajaan Filipina dan wakil Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) bermesyuarat di sini pada hujung minggu untuk melancarkan semula Fasa Pelaksanaan Perjanjian Komprehensif mengenai Bangsamoro.
Malaysia bertindak sebagai orang tengah dalam usaha damai antara kerajaan Filipina dan MILF sejak 2001.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataannya pada Sabtu menyambut baik pelancaran semula Perjanjian Damai Bangsamoro itu, dengan menyatakan bahawa Malaysia akan terus komited padanya selagi ia diperlukan.
Adanar menyertai delegasi Filipina yang mengunjungi Najib di pejabatnya hari ini.
"Kami meminta jaminan perdana menteri agar tidak meninggalkan kami dalam laluan menuju perdamaian di Mindanao sehingga ia dicapai.
"PM Najib komited bahawa beliau akan berusaha hingga Mindanao mencapai kemajuan ekonomi... untuk terus membantu kerajaan Filipina mencapai perdamaian ini," kata Adanar.
Bernama
Mon Aug 15 2016
Andanar (kiri) sewaktu pertemuan dengan Pengerusi Bernama, Datuk Seri Azman Bujang. - Gambar Bernama
Agenda AWANI: hMPV | Waspada Ancaman Kesihatan Awam
Meskipun hMPV bukan jangkitan penyakit baharu, namun sejauh mana kesedaran masyarakat mengenai kewujudan hMPV dan bagaimana ia berbeza daripada virus pernafasan lain seperti influenza? Apa langkah yang boleh diambil untuk cegah risiko jangkitan hMPV? Diskusi 9 malam
Mahkamah Persekutuan tolak permohonan wanita semak keputusan berhubung status agama Islam
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menolak permohonan seorang wanita berusia 38 tahun untuk menyemak semula keputusan terdahulu yang mengesahkan status agamanya sebagai seorang Islam.
Banjir: Mungkin solusi ada di 'seberang sungai'
Muhafandi Muhamad membawakan tinjauan di sekitar Sungai Golok dan menemui penduduk yang sentiasa terkesan banjir yang melanda akibat limpahan air sungai tersebut, serta apa solusi terbaik.
JS-SEZ: Perjanjian dijangka beri impak besar pertumbuhan ekonomi Johor
Firdaus Azil membawakan perkembangan terkini mengenai Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dijangka memberi impak besar kepada pertumbuhan ekonomi Johor.
Kepengerusian ASEAN: Kuala Lumpur, Putrajaya sudah sedia jadi tuan rumah mesyuarat utama
Persediaan merangkumi pelbagai aspek kritikal seperti keselamatan, kesihatan awam, pengurusan komuniti dan kesiapsiagaan menghadapi bencana.
Mesingan tiruan antara senjata ditemukan ketika serbuan ketum
Dua senjata api jenis mesingan tiruan antara yang dirampas pihak polis ketika melakukan serbuan di sebuah rumah yang dijadikan tempat memproses air ketum di Lintang Bayan.
PM Anwar lancar
Logo VM2026 melambangkan budaya Malaysia yang kaya, keindahan semula jadi, dan daya tarikan global serta menjadi simbol visual kesediaan negara untuk menyambut pelancong dari seluruh dunia.
Agenda AWANI: Titah Adendum | Fahami Dalam Konteks Perundangan
Apa yang boleh kita fahami titah adendum dalam konteks perlembagaan? Adakah tafsiran perundangan berbeza merujuk kepada kuasa prerogatif YDPA, fungsi Lembaga Pengampunan dan titah tambahan (adendum)? Diskusi 8.30 malam
CIO Korea Selatan minta polis laksanakan waran tahan Yoon
Agensi antirasuah Korea Selatan meminta polis mengambil alih pelaksanaan waran untuk menahan Yoon yang menghadapi proses pendakwaan.
Peguam Najib baca surat sahkan titah tambahan wujud
Peguam utama Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah membacakan surat daripada Sultan Pahang yang juga Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mengesahkan kewujudan perintah tambahan tahanan dalam rumah bagi bekas Perdana Menteri itu.
Perintah berkurung di perairan ESSZone dilanjut sehingga 10 April
Perintah berkurung membabitkan perairan tujuh daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir esok, dilanjutkan sehingga 10 April ini.
Abu Sayyaf: Pasukan komando UTK digerakkan ke pantai timur Sabah
Tahap keselamatan di pantai timur Sabah akan dipertingkatkan termasuk menggerakkan satu pasukan komando Unit Tindakan Khas (UTK) bagi menangani isu berkaitan kumpulan Abu Sayyaf.
Pembuat bom Abu Sayyaf sah masih hidup - ESSCom
Pembuat bom yang juga sub ketua kumpulan Abu Sayyaf, Mudzrimar atau Mundi Sawadjaan yang dilaporkan ditembak mati Mei lepas di Filipina, disahkan masih hidup.
ESSCOM keluarkan 20 senarai suspek dikehendaki terbabit kes penculikan
ESSCOM hari ini mengeluarkan senarai terkini 20 individu warga Filipina yang dikehendaki kerana terbabit dalam kes penculikan untuk wang tebusan.
Kerajaan bangun pelan tindakan kebangsaan, tangani fahaman pelampau keganasan
Kerajaan sedang membangunkan Pelan Tindakan Kebangsaan Bagi Mencegah dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan (NAPPCVE).
Abu Sayyaf: Pemilik ladang perlu pastikan pekerja memiliki dokumen pengenalan diri - Polis
Hazani berkata, jika sukar memastikan pekerja memiliki dokumen yang sah, pemilik ladang perlulah mencari jalan untuk mendokumentasikan sendiri buruh mereka.
Dua anggota Abu Sayyaf maut, 11 ditahan rancang culik pemilik ladang kelapa sawit
Polis Keselamatan menggagalkan cubaan kumpulan militan Abu Sayyaf untuk melakukan penculikan untuk tebusan ke atas pemilik ladang kelapa sawit di sekitar Sandakan.
Polis Sabah tembak mati dua anggota Abu Sayyaf
Kedua-dua lelaki ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan.
Mesej Abu Sayyaf tangkap, potong anggota badan penduduk tidak benar - ESSCom
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) menafikan dakwaan berlaku kejadian kumpulan Abu Sayyaf menangkap penduduk kampung dan memotong anggota badan.
Rumah jadi lokasi serang hendap pengganas Abu Sayyaf terhadap polis dimusnahkan
Enam rumah di kawasan hutan di belakang Taman Sri Arjuna, Beaufort yang menjadi lokasi serangan hendap pengganas Abu Sayyaf terhadap pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dimusnahkan.