Perjanjian Bijirin: PBB hantar cadangan pulih semula perjanjian Laut Hitam pada Rusia

Astro Awani
September 1, 2023 08:15 MYT
Kata Guterres, pihaknya percaya telah membentangkan cadangan yang boleh mejadi asas untuk pembaharuan perjanjian dan ia adalah stabil. - Foto fail/REUTERS
NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menghantar 'satu set cadangan konkrit' kepada Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov yang bertujuan memulihkan perjanjian pengeksportan selamat bijirin Ukraine melalui Laut Hitam.
Penghantaran cadangan tersebut dibuat Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres menjelang pertemuan antara Presiden Rusia, Vladimir Putin dan rakan sejawatannya dari Turki, Recep Tayyip Erdogan, pada Isnin depan.
Kata Guterres, pihaknya percaya telah membentangkan cadangan yang boleh mejadi asas untuk pembaharuan perjanjian dan ia adalah stabil.
Jelasnya, inisiaitf Laut Hitam tidak boleh bergerak dari krisis ke krisis dan pengantungan ke pengantungan sebaliknya perjanjian perlu mempunyai sesuatu yang berkesan dan berfungsi untuk manfaat semua.
Rusia berhenti daripada perjanjian itu pada Julai setahun selepas ia diuruskan oleh PBB dan Turki.
Perjanjian Bijirin Laut Hitam bertujuan untuk memerangi krisis makanan global yang dikatakan oleh PBB telah diburukkan oleh pencerobohan Rusia pada Februari 2022 ke atas Ukraine.
Rusia dan Ukraine kedua-duanya merupakan pengeksport bijirin utama dunia.
#Perjanjian Bijirin Laut Hitam #Antonio Guterres #PBB #cadangan
;