Perjanjian bijirin ditamatkan - Kremlin
Bernama
Julai 17, 2023 18:48 MYT
Julai 17, 2023 18:48 MYT
MOSCOW: Perjanjian bijirin secara de facto telah ditamatkan dan digantung. Bagaimanapun, Rusia akan segera kembali kepada pelaksanaannya selepas bahagian syarat Rusia dipenuhi, lapor Sputnik memetik jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, pada Isnin.
"Perjanjian Laut Hitam secara de facto telah digantung hari ini. Seperti yang dikatakan presiden Rusia sebelum ini, tarikh akhir tamat pada 17 Julai. Malangnya, bahagian mengenai perjanjian Laut Hitam Rusia ini belum dipenuhi setakat ini. Oleh itu, usaha ini [perjanjian bijirin] ditamatkan," kata Peskov.
Sebaik sahaja bahagian perjanjian Rusia dipenuhi, Rusia "akan kembali melaksanakan perjanjian itu serta-merta," kata jurucakap itu.
-- BERNAMA