Perintah kuarantin wajib ke atas pelancong dari Sepanyol

Agensi
Julai 27, 2020 08:36 MYT
Britain mengarahkan pelancong yang tiba dari Sepanyol untuk menjalani kuarantin selama dua minggu disebabkan berlaku lonjakan kes baharu COVID-19. -Gambar fail
Rata-rata pelancong yang tiba di Lapangan Terbang Heathrow, London menzahirkan rasa kecewa apabila Britain melaksanakan semula perintah kuarantin wajib selama 14 hari ke atas pelancong yang masuk dari Sepanyol.
Seorang pelancong, Chantelle Fourriles memberitahu dia terpaksa melakukan proses itu di United Kingdom sebaik tiba di lapangan terbang.
Sementara itu, Tamara Golan yang turut diarahkan menjalani proses itu akur dengan arahan tersebut selain menyifatkan perkara itu amat menyusahkannya.
Pada Ahad, Britain mengarahkan pelancong yang tiba dari Sepanyol untuk menjalani kuarantin selama dua minggu disebabkan berlaku lonjakan kes baharu COVID-19.
Sepanyol menyaksikan lonjakan kes sejak beberapa hari lepas dengan bar dan kelab malam di Barcelona ditutup untuk mengekang kes virus itu.
Sepanyol pada hari Sabtu bagaimanapun sedang berunding dengan Britain untuk mengecualikan Kepulauan Balearic dan Kepulauan Canary daripada dikenakan perintah kuarantin kepada pelancong yang pulang ke Britain dari Sepanyol.
#barcelona #Britain #COVID-19 #koronavirus #kuarantin #London #pelancong #penerbangan #sepanyol #spanyol #United Kingdom
;