Perintah berkurung Sepanyol dilonggar bermula 2 Mei

Astro Awani
April 26, 2020 09:08 MYT
Kelihatan bendera Sepanyol dan Itali digantung bersebelahan satu sepanduk berbunyi 'Saya akan menahan diri' sambil seorang wanita menggantung periuk di balkoni di sebuah kawasan perumahan di Seville, Sepanyol, 25 April, 2020. REUTERS
PERINTAH berkurung di Sepanyol akan dilonggarkan bermula 2 Mei ini selepas tujuh minggu ia dikuatkuasakan.
Pengumuman oleh Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sánchez itu dibuat bagi membolehkan orang ramai keluar meninggalkan kediaman mereka.
Menurut Sanchez pada Sabtu, kelonggaran itu hanya diberi kepada orang ramai untuk melakukan aktiviti kecergasan fizikal selepas terlalu lama tinggal di dalam rumah.
Katanya, kelonggaran itu dibuat selepas lekukan jangkitan COVID-19 di negara menunjukkan trend terus mereda.
Dengan 2,944 kes COVID-19 baru direkodkan di Sepanyol pada Sabtu, pihak berkuasa kesihatan negara itu melaporkan kenaikan lebih rendah, iaitu 1.5 peratus setiap hari, berbanding naik lebih 20 peratus dari sebulan sebelumnya.
Sejak bermulanya perintah berkurung di Sepanyol, orang ramai hanya dibenarkan keluar dari rumah untuk membeli barangan keperluan dan sekiranya kerja tersebut tidak dapat dilakukan dari rumah.
Sánchez juga mengumumkan, pada Selasa beliau akan membentangkan rancangan terperinci untuk melonggarkan 'lockdown', yang diharap dapat dilaksanakan dalam minggu-minggu akan datang.
#COVID-19 #jangkitan #kecergasan fizikal #kelonggaran #kesihatan #koronavirus #lockdown #menteri #perintah berkurung #rumah #sepanyol
;