Perintah berkurung di Melbourne dilonggarkan sedikit

Agensi
September 6, 2020 22:34 MYT
Perintah berkurung tetap akan dilanjutkan sekurang-kurangnya hingga 26 Oktober 2020. - Foto REUTERS
Perintah berkurung yang dikuatkuasakan di wilayah Victoria, Australia akan dilonggarkan sedikit di Melbourne.
Namun, perintah tersebut tetap akan dilanjutkan sekurang-kurangnya hingga 26 Oktober 2020.
Menurut Ketua Menteri, Daniel Andrews, perintah tersebut terpaksa dilanjutkan bagi menghentikan penularan COVID-19 di wilayah tersebut.
Kelonggaran itu akan bermula pada 13 September ini terutamanya bagi perintah berkurung waktu malam yang akan bermula pada 9 malam sehingga 5 pagi.
Aktiviti berkumpulan juga dibenarkan tetapi mengikut jumlah yang ditetapkan.
"Aktiviti berhimpun di luar atau di dalam rumah melibatkan dua orang sehingga dua jam dibenarkan.
"Aktiviti bersenam atau meluangkan masa di luar rumah juga seperti beriadah di taman dibenarkan. Taman permainan juga dibuka semula.
"Kelonggaran ini akan dibenarkan untuk dua minggu sehingga 28 September," katanya dalam sidang media harian pada Ahad.
Pada Ahad, wilayah tersebut merekodkan 63 kes baharu dengan lima kematian.
#Australia #COVID-19 #Daniel Andrews #Ketua Menteri #Melbourne #perintah berkurung #Victoria
;