Perhimpunan Rakyat: Protes di UK bantah kenaikan kos sara hidup
Astro Awani
Februari 13, 2022 06:26 MYT
Februari 13, 2022 06:26 MYT
LONDON: Ratusan penunjuk perasaan berarak di seluruh United Kingdom sebagai bantahan terhadap kenaikan kos sara hidup dan pengumuman kerajaan menaikkan bil tenaga.
Protes dianjur dan diselaraskan oleh kumpulan pendesak politik serta disokong oleh pelbagai kesatuan.
Protes berkenaan diadakan di seluruh bandar di UK, pada Sabtu.
Pengerusi Perhimpunan Rakyat di Manchester, Chris Neville berkata, situasi yang dihadapi oleh rakyat tidak pernah berlaku sebelum ini dan mentakrifkannya sebagai "ribut kesan yang sempurna terhadap orang yang bekerja".
Jelasnya, dengan inflasi yang besar dan bil tenaga meningkat sebanyak 50 peratus antara masalah dihadapi pengguna.
Tambahnya, perhimpunan rakyat itu mahu menjadi permulaan gerakan menentang kesemua kenaikan kos sara hidup.