Perhimpunan besar-besaran protes dasar aparteid Israel terhadap rakyat Palestin di London
Bernama
April 17, 2023 18:34 MYT
April 17, 2023 18:34 MYT
LONDON: Satu perhimpunan besar-besaran berlangsung di tengah London pada Ahad membantah "dasar aparteid" Israel terhadap rakyat Palestin.
Orang ramai berkumpul di luar Pejabat Dalam Negeri menyatakan solidariti terhadap rakyat Palestin dengan membawa papan tanda dengan slogan termasuk "Kebebasan untuk Palestin," "Boikot Aparteid" dan "Berhenti Membunuh Rakyat Palestin."
Beberapa orang Yahudi Ortodoks turut serta dalam protes anjuran Jawatankuasa Keadilan untuk Palestin sebagai sebahagian daripada Hari Al-Quds tahunan, menurut Anadolu Agency.
Orang ramai kemudian berarak ke arah Pejabat Perdana Menteri, Downing Street, sambil melaungkan slogan menentang dasar Israel terhadap rakyat Palestin.
"Bebaskan Palestin!" adalah antara slogan yang dilaungkan kumpulan yang membawa bendera Palestin.
-- BERNAMA
#Bebaskan Palestin
#boikot aparteid
#perhimpunan besar-besaran di London
#slogan menentang dasar Israel