Pergolakan di Sudan: RSF umum genjatan senjata 72 jam sempena Aidilfitri

Bernama
April 21, 2023 15:54 MYT
RSF mengumumkan gencatan senjata selama 72 jam bermula 6 pagi (waktu tempatan) Jumaat sempena Aidilfitri. -Ihsan Kedutaan Sudan di Malaysia
ISTANBUL: Pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) Sudan mengumumkan gencatan senjata selama 72 jam bermula 6 pagi (waktu tempatan) Jumaat sempena Aidilfitri.
"Gencatan senjata itu bertepatan dengan Aidilfitri yang penuh barakah...dan membuka koridor kemanusiaan untuk memindahkan penduduk serta memberi peluang untuk menyambut hari raya bersama keluarga mereka," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan RSF di Twitter.
Dalam kenyataan itu, RSF turut mengesahkan komitmen mereka terhadap gencatan senjata itu.
Pertempuran meletus pada Sabtu lalu antara Tentera Sudan (SAF) dan RSF di Khartoum dan kawasan sekitar.
RSF menuduh SAF menyerang tenteranya di selatan Khartoum. Pihak SAF pula mendakwa RSF menyebarkan pembohongan dan melabelkan pasukan separa tentera itu sebagai "pemberontak".
Sudan tidak mempunyai kerajaan yang berfungsi sejak Oktober 2021, selepas tentera memecat kerajaan peralihan pimpinan Perdana Menteri Abdalla Hamdok dan mengisytiharkan darurat.
-- BERNAMA
#gencatan senjata #Krisis Sudan #RSF #saf
;