Pergolakan di Gaza: Penjanjian Israel dan Hamas masih tanda tanya
Astro Awani
November 21, 2012 09:10 MYT
November 21, 2012 09:10 MYT
Presiden Mesir Muhammad Mursi berusaha untuk mendapatkan penandatanganan kesepakatan gencata senjata antara Israel dan Hamas.
Beliau yakin bahawa gencatan senjata akan dicapai diantara kedua-dua pihak secepat yang mungkin.
Sementara itu Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton menggesa satu penyelesaian berdaya tahan dicapai bagi menamatkan keganasan antara Israel dan Hamas.
Beliau membuat gesaan itu selepas mengadakan satu mesyuarat dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu lewat malam Selasa.
Netanyahu juga menyatakan kesediaan untuk menggunakan penyelesaian diplomatik.
Namun pada masa yang sama, pemimpin Zionis itu tetap angkuh dan menegaskan sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahankan rakyatnya.
Kenyataan itu dibuat ketika perjanjian antara Israel dan Hamas masih menjadi tanda tanya.