Perginya si Chantek, penghibur Zoo Atlanta

Agensi
Ogos 8, 2017 18:02 MYT
Chantek yang juga yang pandai membersihkan bilik dan menghafal jalan ke restoran makanan segera itu pernah dirawat akibat mengalami masalah jantung.-Gambar dari fail
Chantek, orang utan pertama yang menguasai bahasa isyarat, meninggal dunia pada usia 39 tahun di Zoo Atlanta, Georgia, hari ini.
Bedah siasat bakal dilakukan oleh pihak Zoo Atlanta bagi mengetahui punca kematian haiwan cerdik tersebut.
Menurut Zoo Atlanta, Chantek yang juga pandai membersihkan bilik dan menghafal jalan ke restoran makanan segera itu pernah dirawat akibat mengalami masalah jantung.
Chantek yang merupakan orang utan jantan paling tua di Zoo kawasan utara Amerika itu dilahirkan di Pusat Penyelidikan Yerkes di Georgia dan dilatih serta dilayan seperti anak kandung oleh pelatih-pelatih di zoo.
“Pihak zoo bakal merindukannya. Dia sangat unik, peramah dan suka berkomunikasi dengan sesiapa sahaja yang rapat dengannya," kata Hayley Murphy, Naib Presiden Zoo Atlanta.
Satu dokumentari bertajuk "The Ape Who Go to College" menunjukkan Chantek telah mempelajari pelbagai kemahiran termasuk membersihkan biliknya dan menghafal laluan dari universiti ke sebuah restoran.
Orang Utan itu juga adalah antara spesis monyet yang boleh bertutur dalam bahasa isyarat Amerika Latin(ASL), lapor BBC.
#Chantek #meninggal dunia #Orang Utan #Zoo Atlanta
;